Tips untuk pekerja kerajaan

Saya pernah buat cuma 60 survey pada kakitangan kerajaan dan mostly pegawai berpangkat 41 keatas.

Dalam survey saya, ada 1 soalan berbunyi begini.

Adakah anda pernah atau merancang tentang persaraan anda?

Hanya 30% iaitu 18 orang sahaja yang jawab ya.

Selebihnya tidak dan belum pasti.

Saya tahu bukan semua sebab survey saya cuma pada 60 orang. Itu pun tercungap. Kalau buat pada 600 orang, lagi saya cungap. Haha.

Dan kebanyakan mereka jawab begitu sebab mereka ada pencen.

Tiada masalah mungkin. Jika pencen pada gred 52 dan dapat mengekalkan gaya hidup sederhana sehingga pencen, tidak mustahil duit pencen, graduiti dan ganjaran wang tunai gantian cuti amat cukup untuk menyara mereka sekeluarga.

Tapi bagaimana pula bagi mereka yang tidak merancang sebaiknya?

Kalau pasangan suami isteri mempunyai 3 biji rumah sewa yang dibeli seawal kerjaya.

Pada umur mungkin 55, boleh menjual ketiga tiga rumah tersebut dan mendapat Amaun Rm1.2juta dan menyimpan dalam TH dan dapat extra Rm5000/bulan dengan bergaya.

*Refer status saya sebelum ini.*

Ataupun rumh sudah habis hutang dan berjaya sewakan pada kadar 2k/month? 

Semua teknik ada caranya.

😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam