Dah beberapa hari la tak update. Hari-hari yang sibuk dan buat-buat sibuk je. Beberapa hari ni tak berkesempatan nak tulis. Kali ni aku nak re post berkenaan entry yang aku pernah buat sebelum ni.
Berkaitan pengeluaran kwsp dalam Unit trust. Ada yang bertanya aku macam mana pengiraan nya, mungkin entry aku yang lepas kurang jelas.
Buat pengetahuan pencarum kwsp, kalau korang print penyata kwsp kan, kan terbahagi kepada dua, iaitu akaun 1 dan akaun 2.. Betul tak?? Cuba pergi print dulu penyata kwsp korang tu dan tengok betul-betul.
Ok,bila dah tau berapa ada dalam akaun 1 tu, baru la masuk bab kira berapa layak untuk masuk dalam unit trust. Pengiraan berpandukan jadual kat bawah ni. Tengok umur korang dan tengok ruang simpanan asas.
![]() |
| simpanan asas ni memang tak boleh ubah yer |
Contoh Puan siti berumur 26 tahun dan ada Rm50000 dalam akaun 1.
Pengiraan:
Rm50000 – Rm11000 ( berpandukan simpanan asas) = Rm39000
Rm39000 x 20% = Rm7800.
So, jumlah yang Puan siti layak untuk masuk dalam unit trust ialah Rm7800.

owh , macam tu rupa nyer .. hehe ..
oh.. sekarang dah faham..
fuhh banyak.. aku grad tahun depan insyaAllah, time tu dah 25.. banyak leh kumpul ni.. hehe
nurul,senang kan..
zuan: jgn lupa ke bangkok dengan geng2..hehe
ntah berapalah kwsp i gaknya yek.. dah lama tak cek..
madam,dah hampir jutawan tu..