Rindu la pulak

Lama dah aku biarkan blog ni. Rasa rindu plak nak update, padahal bila tulis separuh jalan, lepas tu tinggal. Aritu ada satu entry nak buat, rasa dah save. Tapi bila bukak semula, kosong. Hampeh betul. Tak tau apa pasal.

Bila trademark blog tulis pasal kewangan, nak update pasal benda lain pun dah rasa lari dari tujuan sebenar, tapi daripada biarkan tak update. Baik aku tulis je apa-apa. Haha. Merujuk pada entry lepas pasal kereta malaysia tu, aku ber ‘whatsapp’ dengan kawan aku dan katanya sejak awal tahun aritu jualan kereta jatuh even perodua pun sebab bank negata dah ketatkan syarat untuk orang memiliki kereta. Bagi pendangan aku ada bagusnya dalam perihal untuk memiliki liabiliti yang makan hampir separuh pendapatan kebanyakan orang.

Sekarang ni nak mula belajar pasal saham pulak. Kebanyakan orang kita tak suka/mahu/reti belajar pasal ni. Aku tak sure, tapi diharapkan ramai anak muda belajar dan trade dengan risiko sendiri. Tak susah mana, cuma kena buat sedikit homework la untuk trading. Kalau malas, gunakan je remiser yang ada. Hehe..

Bila bab nak educate people untuk saving dalam unit amanah memang tak berapa senang. Tapi aku tau kebanyakan orang dah masuk dan menyimpan dalam unit amanah ni. Dan masih ramai lagi yang belum atau tak tau. Apapun keep in touch dengan agent anda sebab jangan anda senyap, dia pun senyap… Last-last tak tau apa jadi…


3 thoughts on “Rindu la pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge