Pinjaman perumahan kerajaan

 
Dalam pinjaman,perkara asas yang kita kena tau adalah berapa bank boleh bagi pinjaman untuk rumah yang kita bakal beli. Dengan kata lain,adakah rumah tersebut dijual pada harga sekitar market value ataupun tidak. Ramai juga yang bertanya aku,macam mana beli rumah boleh dapat duit lagi. Pelik dorang kata. Buat yang dah tau,memang tak rasa hairan..malah dipaw nya lagi kawan-kawan yang dah berjaya beli rumah dan dapatkan duit extra tu. Buat kawan yang tak tau? Kasi la tau serba sedikit info….Kiraannya secara kasar adalah begini..

Harga rumah owner jual adalah  = Rm100k
Harga pasaran rumah                   = Rm150k
Buat pinjaman (dengan syarat persetujuan owner) = RM150k
Pinjaman lepas 90%                 = Rm135k
Extra cash secara kasar            = RM35k

Sekarang ni bukan macam 5tahun lepas,kebanyakan rumah dijual murah belaka. Tak ramai juga yang nak jadi pelabur hartanah. Tapi sekarang ni ramai dah terkejar-kejar nak beli rumah. Harga 1juta kat bandar kuala lumpur ni dikatakan harga ‘biasa’ bagi rumah teres. 
Semalam berborak dengan seorang kawan yang membeli rumah menggunakan pinjaman perumahan kerajaan. baru aku tau apa itu wang beza. Biasa kalau kita tengok di laman web bahagian pinjaman perumahan kerajaan, tidak dinyatakan apa itu wang beza. Wang beza adalah jika kelayakan pinjaman kita sebanyak Rm200k,tetapi harga rumah yang dibeli adalah Rm250k.. 

Beza sebanyak Rm50k itulah yang dinamakan wang beza dan kita boleh bayar guna duit sendiri..korek la kat mana-mana simpanan yang ada..Senang kata kalau ada duit tu baik simpan sikit-sikit. Satu hari nanti kita akan korek juga untuk digunakan.

Comments

    • says

      pinjaman perumahan kerajaan rate fix selama pinjaman iaitu 4%, manakala bank bergantung pada kada r BLR semasa dan minus – … contoh, BLR – 2.0.

      mana yang lebih better itu bergantung kepada matlamat kita membeli rumah tersebut :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CommentLuv badge