Perancangan kewangan untuk bersara

 

Pernahkan anda terfikir apabila bersara kelak, apa yang anda ingin lakukan? Apa perancangan dari segi kewangan yang anda mahukan?

Memang nampak mudah, masa masih panjang. yela, kalau la katakan anda yang baca ni sekarang berumur 25 tahun. Ada lagi lebih kurang 30 tahun untuk bersara pada umur 55. Lama tak?

Lama lagi kan…… apa nak risau sekarang. Kalau nak bersara nanti baru lah fikir.

Begitulah, jika lambat, peluang untuk mencapai matlamat agak lambat dan rugi. kenapa saya cakap begitu?

Cuba lihat gambar bawah ni.

 

unit trust

– KLIK UNTUK BESARKAN

 

 

Nampak simple kan?

Tapi inilah kos kerugian disebabkan oleh melengahkan masa menyimpan. Konsep sama seperti bila anda ingin menjaga kesihatan.

Bila dah sakit, takkan baru nak bersenam? Nak jaga makan, sudah tentu kena jaga..

Sebelum sakit, kena beringat, sentiasa kawal pemakanan… Amalkan cara hidup sihat, kerap bersenam dan sebagainya. Jika sudah sakit, semua sudah terlambat. Kenikmatan hidup hilang. Sebab tu orang kata, kekayaan yang paling berharga adalah nikmat semasa sihat.

Jangan terkejut dan nampak banyak dengan amaun Rm 1,000,000. SATU JUTA. Banyak ke? Berapa banyak rumah landed di kawasan lembah klang ni sudah hampir dan ada yang dijual lebih RM 1 juta. Amaun sejuta ini kadang-kala nampak macam kecil. Cuba renungkan sejenak, bila kita berumur 55 tahun kelak, agaknya amaun Rm1 juta ini macam biasa je. kan?

Begitu jugalah perancangan kewangan kita, jangan malu untuk berusaha dan malu jika menyimpan sedikit. Asalkan anda tetap bermula. Teruskan dan buat perancangan dan maps untuk diri sendiri.

Jika anda ingin maklumat lanjut berkenaan simpanan ke dalam Unit Amanah menggunakan Cash atau melalui akaun 1, boleh hubungi saya terus di 013-3288441. ( whatsapp ).

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam