Penggunaan Smart Tag memang mudah

Sebenarnya dah lama aku menjadi pengguna tegar highway kat kuala lumpur ni. Semua orang faham kot,skit-skit kena tol. Kalau kena tol tu bukannya mendapat perjalanan yang lancar. Tapi sama je,jem sana-sini. Begitulah kehidupan di bandaraya,dalam kereta dengan aircond pasang kuat pun boleh stress dan naik darah. Tu yang bahaya. Itu baru je stress,belum yang jenis maki hamun atau slamber potong que. Memang akan sakit hati.
Dah lama aku nak membeli alat Smart Tag sebenarnya,tapi disebabkan hanya terdapat di tempat tertentu. Itu menghalang keinginan aku untuk dapat benda ni cepat. Biasa la,bila guna Touch N Go ni dah rasa paling power la,cepat je. Sekali sangkaan aku meleset.
Jem beb.
Lorong Touch N Go ke Shah Alam telah menjadi satu lorong. Empat lorong Smart Tag dan tiga lorong tunai + Touch N Go. Haru betul aku rasa tadi.. Tapi aku perasan kiri sekali ada lorong lain,tak pernah pula lalu…heheheh. Disebabkan perasaan tak sabar,memang aku nekad nak beli alat Smart Tag bila balik dari laluan Shah Alam. Akhirnya aku dapat juga benda ni.

Puas hati aku

Tapi memang semua pengguna digalakkan guna paling kurang pun kad Touch N Go. Bukan apa,senang untuk diri sendiri juga nanti. Kalau tengok,memang biasa la lorong paling panjang que lorong tunai. Kalau aku tak tahan que panjang-panjang macam tu. Kalau jem tu lain cerita,tapi jika diberi pilihan,memang amik jalan yang mudah. Semua orang nak senang kan? Bukan mahal pun kad Touch N Go tu. Beli topup untuk handphone boleh,tak kan kad Touch N Go kedekut nak beli.
Siapa yang lalu highway terlalu kerap tu,digalakkan la ye untuk membeli alat Smart Tag ni,lepas tu masukkan je kad Touch N Go korang tu. Selain dapat elakkan que panjang,korang juga dapat elakkan dari terkena penyakit darah tinggi diusia muda….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam