Sebagai rakyat yang mahu berdaya saing, semua mahukan pendapatan tepi ataupun “side income” sebab bila adanya side income ni, rasa tidaklah terlalu bergantung kepada gaji semata mata. Seperti mana di blog blog otai kewangan yang lain, semua fokuskan untuk kita berusaha dan kreatif mencari side income dari sumber yang halal lagi diredhai.
Kadang-kadang tak semua orang mempunyai kreativiti untuk membuat sesuatu demi wang ringgit. Tetapi dengan minat, kita boleh memdapat duit secara tidak langsung. Sebagai contoh mudah, ada orang memang minat menulis dan dari blognya juga dapatla pendapatan tepi dari sumber ads yang singgah diblog nya. Ada orang suka berjumpa orang dan menerangkan pasal kebaikan adanya takaful..disitu juga boleh menjana pendapatan lebihan jika orang itu mempuyai pekerjaan tetap. Yela,sambil balik kampung..lepak dengan kawan kawan..cerit la pasal takaful dan kebaikan.. Pasti akan ada yang berminat. Sama juga la seperti perunding unit amanah. As long as minat.. Ia akan menjadi sesuaty yang biasa.
Sebab tu lain orang lain minat. Dan yang pasti jangan senang sangat nak ikut orang lain dalam cara kita mencari pendapatan lebih. Pastinya ia memerlukan minat. Bila mana ada minat, apa yang kita buat tak akan rasa lapuk dek kerana rejection.
P/s: unit amanah adalah satu cabang portfolio untuk kita menyimpan wang..=)