Nampak lama,tapi..

Dua hari ini aku lepak kat hotel Concorde Inn KLIA Sepang. Walau pandangan kali pertama ada sedikit pelik sebab biasanya aku jumpa hotel bangunan tinggi-tinggi. Tapi Concorde Inn ni bangunan setingkat je dan kawasan yang sangat luas. Kira macam resort la setingkat je. Kelihatan bangunan ni lama lah jugak hasil dari tengok bumbungnya dan bangunan nya.

Kalau sekali pandang, kiri kanan kebun kelapa sawit. Tapi siapa sangka Concorde Inn ni boleh dikatakan ramai pelancong mat saleh mahupun jepun. Orang arab pun ramai. Dari segi pemerhatian aku, Concorde inn ni terletak berhampiran KLIA dan kat sini juga ada sediakan shuttle dari Concerde Inn ke KLIA. Dari segi bilik hotel tidaklah segah hotel 5 bintang. Tapi cukup la segala macam keperluan dalam bilik.

Yang paling aku kagum makanannya sangat terbaik bagi aku setakat ni. Menu dia bukan saja banyak, tapi bermacam-macam. Dari nasi lauk pauk, sushi, steak, rebus, kek pelbagai yang sangat sedap. Maaf la sebab aku tidak ambil gambar. Aku kurang yakin untuk mengambil gambar makanan sebab aku bila dah tengok makanan, rasa tak lalu nak keluarkan phone untuk ambil gambar banyak-banyak. Hehhehe..

Inilah kekuatan Concorde Inn bagi pandangan aku. Sebab bila makanan nya tip top, kebanyakan syarikat pasti suka untuk membuat seminar atau kursus jangka masa pendek disini. Bagi pekerja, masa berkursus atau seminar tempat tidur menjadi isu kedua. Yang paling penting adalah makanannya. Jika sedap dan terbaik, pasti pelanggan akan suka dan memberikan referral kepada kawan-kawan.

P/S: Apa pandangan korang pulak?


2 thoughts on “Nampak lama,tapi..

  1. hmmm…..kat hotel nie selalunyer ..layan berehat and lepak2 best…ler….sebab kalau kat rumah selalu pening dengan jerit -pekik anak2…tapi kat hotel…rasa cool…sikit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge