Sebenarnya pagi tadi terpaksa pergi Klang Bandar Diraja untuk sign SNP rumah yang tengah dalam proses nak beli. Memang first time sampai ke klang,pening kepala tengok jalan dia yang banyak cabang. Google Maps kat Handphone memang berguna masa-masa kecedaraan macam ni. Selama ni pun kalau pergi tempat yang tak pernah pergi,Google Maps dalam phone je menjadi sumber rujukan. walaupun tak sepower GPS,tapi boleh la.. Tak perlu nak spend duit lagi untuk beli GPS,gunanya bukan kerap mana.
Balik dari Klang,singgah Shah Alam sekejap pergi ke kedai kain Jakel berdekatan dengan rumah Blogger hartanah terkenal. Sebelum ni memang pernah pergi jakel,tapi dah lama. Kalau korang yang suka ke jakel ni,korang akan perasan yang kedai jakel di shah alam ni memang bagi layanan tip-top. Masuk je kedai,ada satu brader ensem tanya nak cari apa.. Lepas tu awek pulak yang follow dan layan segala karenah kita masa pilih kain.
Kalau diperhati betul-betul,memang ramai la pekerja kedai kain jakel ni. Setiap seorang mesti akan follow satu blogger customer. Bila berniaga macam ni,servis baik..orang akan suka datang. Lagi-lagi kaum wanita dan ibu-ibu ni. Bab kain memang juling mata. Lagi pula kalau disogokkan dengan diskaun sehingga 80%,kalau boleh satu kedai mahu dibelinya…hehehe…
Ini jela gambar yang aku boleh amik, banyak sangat awek dalam kedai ni.. so,amik gambar kain jela..hehehee…
Korang nampak apa benda yang dorang tulis?…
Berniaga apapun,lagi-lagi jual barang kat online,kalau servis baik dan tiptop… pasti orang akan repeat sales. Atau tidak,orang akan ‘rekemen’ kat kawan-kawan.. Tak gitu?


1st!! hehehehee
borong kain langsir ke.. kain baju raya? hehheee
beli kain,nak masuk kelas jahit. Bukan aku..
Jakel Shah Alam selalu gak gua masuk cari baju Melayu..kain sampin dia cantik dan murah
betul tu bro.. rambang mata dibuatnya…heheh
assalamualaikum aslam….mama datang dr blog bro Jai n dah follow blogger slamber ni….:)
tq mama…
baru 2 kali je kot pegi wpun dekat2 camni… habis duit kalo gi slalu dgn promoter yg sgt2 bersungguh kejar nak sale.. sy senang terpengaruh..hoho
heheh… tau takpe.. kedai mcm tu mmg sales + ayat baik boleh menbuatkan tokeynya bertmbh kayo
Ni mesti g shopping baju raya kan..
beli kain saja.. projek lain pula. baju raya sudah siap.
err…harga sampin kt situ around brape ea? need urgen
erkk.. tak sure la bro. Kena pergi survey..