Kos rawatan swasta dijangka naik

Kos Rawatan Hospital/Klinik Swasta
…”Cadangan bayaran kos perundingan dan rawatan bagi doktor serta pakar perubatan swasta yang tidak disemak lebih 10tahun akan dibentangkan di kabinet dalam tempoh terdekat…”
Beb,kalau sekarang pun kebanyakan orang tak mampu nak pergi mendapatkan rawatan di hospital swasta dek kerana bayaran kos perundingan dan ubat mahal,apatah lagi jika dinaikkan?… Dijangka akan dinaikkan sehingga 14 peratus.
Sekarang pergi Hospital swasta pun mengharapkan panel dari syarikat bekerja ataupun skim takaful yang kita amik dan bayar setiap bulan. Betul aku cakap,kebanyakan rakyat malaysia ni tertumpu kat hospital kerajaan kerana kos yang sangat-sangat berbaloi dan murah. Sebab tu kalau korang pergi mana-mana hospital kerajaan,memang masa menunggu untuk jumpa doktor dan ambil ubat sangat lama. Boleh mencecah 2jam lebih barangkali. Dan elakkan untuk ‘complaint’ sebab hakikatnya memamng kena tunggu lama.
Boleh bayangkan tak generasi anak cucu kita nanti? Hari minggu je shopping complex penuh,tapi bila hari berkerja,hospital semua penuh. Apakah tindakan kerajaan? Tak kan asik nak mengharapkan pada kerajaan je buat itu ini.. Kita seharusnya buat tindakan untuk diri sendiri atau keluarga kita, tak gitu?

6 thoughts on “Kos rawatan swasta dijangka naik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge