Jemputan ke Konvesyen Usahawan Muslim 2013

 

konvensyen usahawan muslim 2013

Cerita mengenai perniagaan, ramai yang nak berniaga. Ada yang tak tahu nak niaga apa, nak niaga tanpa keluar modal dan tak kurang nak berniaga untung juta-juta dalam sekelip mata. Dunia perniagaan tidak semudah disangka, apa yang pasti minat dan konsistensi amatlah penting selain kena cari, timba dan gali ILMU dari orang yang memang dah berjaya dalam dunia perniagaan. Sebab perniagaan bukan benda yang anda boleh buat macam syok sendiri. Akhirnya gulung tikar sebab tak boleh maintain.

Berniaga produk laku keras umpama jual tudung, baju dan seangkatan dengannya perlukan semangat dan kesabaran. Jika anda berniaga secara OFFLINE ( Bukak kedai ) dan tunggu pelanggan datang tanpa buat apa-apa memang banyak kos yang diperlukan. Dan segala KOS yang dikeluarkan dapat digandakan melalui keuntungan yang berganda jika ada ILMU.

Begitu juga perniagaan melalui ONLINE ( promosi di blog, facebook, twitter, Instagram dan lain-lain ), juga perlukan komitmen. Kena post gambar, buat ayat dan testimoni dari customer dan pelbagai lagi. Semuanya kena ada ILMU. Sebab itu minat dan kesungguhan itu penting untuk berniaga selain kena jiwa yang kental. Tidak ramai yang boleh maintain jika rugi seawal berniaga.

Pada 7 September 2013, bertempat di Dewan Muktamar Kompleks Pusat Islam ( JAWI ), akan berlangsungnya Konvesyen Usahawan Muslim 2013 yang menempatkan barisan penceramah yang bukan calang-calang orang. Antaranya :

  1. Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.  (Penceramah Bebas)
  2. Datuk Nadzim Johan ( Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) )
  3. Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin. (Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd)
  4. Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan (Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd)
  5. Dato’ Husammudin Yaacub (CEO Kumpulan Media Karangkraf)
  6. Dato’Dr Rusly Abdullah (Chef Li)- (Mentor Jutawan Senyap).

Konvensyen Usahawan Muslim akan diadakan di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang beralamat di :

Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ‎

 

Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Dewan Seminar yang besar dan selesa

Lokasi seminar Konvesyen Usahawan Muslim 2013

Lokasi Dewan seminar di google maps

Anda yang ingin memulakan perniagaan tak kira la nak jual apapun, sangat-sangat digalakkan menyertai seminar ini. kalau dah berniaga pun bagus untuk tambah ILMU dan lebarkan sayap perniagaan anda.

KLIK SINI UNTUK SERTAI SEMINAR INI.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam