Kereta malaysia

Orang malaysia, mestilah sokong barang malaysia. Betul tak? Tiada masalah sebenarnya pasal kereta, tapi aku tak pasti pasal apa kereta saga bonet enjinnya cat jadi mati. Adakah sebab masa pembuatan nya digunakan cat murah? Atau cara penjagaan tidak betul. Tapi cat kat bonet enjin je yang mati.. Musykil betul.

Tapi apapun jenis kereta sebenarnya ianya akan jadi liabiliti. Sebab konsep maksud liabiliti ialah benda yang akan korek duit keluar dari poket mahupun akaun bank kita. Beli kereta simpan dalam garaj pun tetap kena keluarkan duit bayar hutang bank ( kecuali korang beli cash) dan kena isi mintak dan juga paling orang tensen bila renew roadtax. Biasa la, dah pandai beli, pandai la manage duit untuk dia punya maintenance.

Sebelum make up kereta kasi pasang eksoz besar,bumper besar, cermin gelap gila..baik duit yang ada buat bayar hutang kat bank dulu. Ini pendapat alu la. Tapi sebaiknya buat macam tu dari terus membazir buang duit kat tempat tak sepatutnya. Kerja penat-penat, lepas tu habis macam tu. Tak rasa rugi ke? Kecuali korang duduk diam je, sebulan dapat passive income 5angka. Itu tak da hal kot.

P/s: apapun pendapat aku hanya pendapat peribadi, jangan ada yang terasa atau mengata. :)

Siapa yang ada masalah dengan cat kereta saga BLM, boleh share kat sini.

Comments

  1. says

    baby nurul memang tembam,
    tapi tak si tembam macam papanya,
    kalau cik nurul masih tak faham,
    mari lah kita berjumpa.

    boleh la saya terangkan secara live..

  2. says

    kereta malaysia mcm tu. klu x beli dikata x patriotik. tp bla dh beli dan kita buat aduan, layan x layan jer. entahlah. bila la nk setaraf dgn kereta import.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam