Malu bertanya sesat jalan

 

Tukar nama bil TNB aslamber

Tahun 2010 adalah tahun yang tak dapat lupakan. Pertama kali membeli rumah untuk tujuan pelaburan. Bila selepas membaca buku, blog pelaburan. Hati ini membuak-buak ingin mencuba membeli rumah untuk dijadikan asset pelaburan.

Orang pertama yang aku jumpa dan guide adalah bro Syahman. Sempoi dan penuh keyakinan mamat ni. #Respek. Proses demi proses dilalui, akhirnya rumah tersebut berjaya tukar nama selepas 6 bulan kemudian. Lama kan? Memang lama, dan syukur apartment tu sudah ada strata title sewaktu aku membelinya. Bukan ini yang aku nak cerita.

Tapi selepas sekian lama, tiba-tiba penyewa call aku menyatakan bekalan elektrik di rumah tersebut dipotong. Punya la terkejut aku. Setelah diselidik, rupanya owner lama telah mengambil deposit dan TNB terpaksa mencabut plug utama rumah tersebut. Cheeseeekek. Lupa pula aku sewaktu aku membeli dulu, deposit tidak dibayar terus kepada owner lama melalui lawyer.

Inilah akibat membeli tidak cukup ilmu. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Akhirnya kenalah aku pergi ke TNB Shah Alam untuk tujuan tukar nama. Dah lama baru nak tukar nama. #Haru. Pernah pergi sekali dulu untuk tukar nama, akibat tidak membawa stem hasil Rm10, tertangguh la kerja nak kena TNB Shah Alam..

Selesai proses tukar nama, elektrik akan disambung selepas 2hari. Memang haru. Huhuu

Berlari dimulakan dengan langkah pertama

Ramai yang bertanya apakah pelaburan terbaik. Semua impikan pelaburan terbaik. Beli rumah, beli saham, ada cash banyak dan sebagainya. Tapi berapa ramai yang sanggup untuk berkorban? Nak beli rumah, kena beli buku, korban masa dan wang ringgit untuk pergi seminar, jumpa otai untuk tanya soalan. Dan sebagainya. Bila dah beli rumah pula, berapa ramai sanggup nak korban masa untuk layan karenah penyewa yang kadang kala report alatan itu ini rosak, rumah kotor lepas penyewa keluar dan sebagainya.
Kalau nak main saham juga begitu, berapa ramai sanggup rugi? Nak kena spend masa untuk belajar. Kalau fikir tak nak rugi susah juga. Nak cash banyak? Sanggup buat kerja lebih masa berniaga, bisnes, dan macam macam lagi.
Asas dia mudah je, kena tau cara nak masuk dan keluar. Kalau keluar banyak, masuk sikit susah juga. Pengurusan kewangan penting sangat. Kalau tak, tak nampak apa apa. Dapat gaji, simpan melalui potong gaji, auto debit akaun dalam Unit Amanah, Tabung Haji dan lain-lain.
Kalau dulu susah nak belajar untuk pelaburan hartanah, kurang sumber. Tapi sekarang tidak lagi. Macam macam sumber boleh dapat kat blog, internet forum, buku dan sebagainya. Salah satu fizikal buku ialah WTF by Faizul Ridzuan, Jangan baca buku ini by abangensem. Dua-dua buku ni memang sangat di syorkan untuk semua. Malah otai-otai hartanah lain pun masih membaca buku begini apatah lagi yang baru nak belajar macam aku ni.

Beli rumah tanpa modal itu mengarut

Sejak cerita beli rumah tanpa modal atau beli rumah dapat duit ni keluar, ada juga yang konpius dan pelik. Macam mana boleh beli rumah tanpa modal. Mengarut semua tu!, keluh pembaca blog dan kawan sekerja. Kronologi membeli rumah tanpa modal atau dengan modal bukannya semudah beli baju.
Kita pilih lepas tu cuba saiz, kalau berkenan pergi kaunter bayar. Beli rumah kalau dengan duit itu benda biasa. Beli rumah tanpa keluar duit sesen pun adalah perkara luar biasa dan bergantung kepada sejauh mana korang pandai ayat dan sebaik mana owner yanh mahu menjualnya. Kebiasaannya, owner busuk-busuk pun nak 3% atau booking fees jika melalui agent. Jika tidak, boleh la membayar berapa yang ada sehingga proses apply loan dan loan tersebut lulus.
Tapi, harus di ingat, bank hanya meluluskan pinjaman rumah sebanyak 90% dari jumlah harga rumah tersebut. Jika harga Rm100,000. Bank luluskan Rm90,000. Logiknya korang MESTI keluarkan Rm10K untuk melengkapkan jumlah Rm100K bukan? Macam mana taknak keluarkan modal? Dengan duit lawyer lagi nak kena bayar. Sebab tu kronogi membeli rumah tanpa modal tak semudah tu, kena cari dulu rumah dibawah harga pasaran, lepas tu deal dengan owner untuk ‘markup’ loan. Lebihan duit yang dapat tu nanti boleh la nak bayar segala kos lawyer dan lain-lain.
Ini sekadar pendapat dari aku lemah ni. Mungkin sudah ramai orang berjaya mengamalkan apa yang ditulis dalam buku ini. Jika anda ada pengalaman yang mudah membeli rumah tanpa modal, boleh kongsikan diruang komen dibawah.. :)

Paloma fasa 2 Bandar Bukit Raja, Klang

Aku mengiklankan unit ini sebab membantu seorang rakan yang hendak menjual rumah yang baru dibelinya dan masih dalam keadaan suci. Dek kerana jauh mahu ulang-alik ke tempat kerjanya yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, terpaksa la di let-go rumah yang baru dibeli. Rumah bersaiz 24×75 yang terletak di Bandar Bukit Raja Klang ini boleh dikatakan besar dan cantik serta kawasan yang strategik bagi yang bekerja di sekitar..

Maaflah kerana hanya letak satu gambar je. Bagi yang berminat dan mahu melihat, aku akan bagitahu kawan aku kelak. Rumah yang masih tidak terusik mahu dijual pada harga RM680k.