Cara sediakan dana pendidikan anak

Kes study.

Disebabkan ramai cerita pasal pinjaman pelajaran sekarang. Masa belajar memang tak fikir pun pasal pinjaman, janji dapat pinjaman sebab nak belajar. Duit tak begitu ada sangat, aku dulu pun pinjam ptptn. Dah pinjam kita bayar la. 

So kita cuba lah untuk elak sejarah berulang. Elakkan anak anak kita pinjam ptptn, sebab akan datang pun tak tau ada lagi tak pinjaman mcm ni.. kita standby mana yang boleh..

Bagaimana?

Kes beli rumah 1 anak 1 rumah. Ikut kemampuan. 1 rumah boleh biayai 2-3 anak belajar juga. Tak semua boleh beli rumah banyak-banyak, tapi kita beli la yang murah murah..

Harga Rumah Rm145,000.

Modal Rm20k+ termasuk kos lawyer.

Disewakan pada kadar Rm900 sebulan.

Bayar bank Rm600. Extra Rm300/bulan. Maintenence fees rm100.

Cukup 15 tahun, katakan loan tinggal Rm97k

Jual pada kadar Rm200k

(Rm200,000 – Rm97,000) So dapat duit cash dalam Rm103k

Rm300 tadi tolak Maintenence Rm100. Dapat Rm200. 

Simpan Rm200 selama 15 tahun dalam tempah yang bagi average 8% per year

Rm68++

Total Rm103k + Rm68K = Rm171K. InshaAllah Cukup untuk kos belajar 3 anak jika masuk ipta. Sebab bukan semua anak masuk ipta serentak, simpan la baki duit dalam asb/th. Gunakan bila perlua. 

Ok dapat idea?

*untung boleh jadi rendah jika duit keluar untuk repair rumah etc. Boleh jadi tinggi jika kadar sewa naik ikut keadaan semasa*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam