Cara nak berhenti kerja dan jaga anak dirumah. 

Cara nak isteri berhenti kerja dan jaga anak dirumah. Tips ni sesuai bagi mereka yang suka jaga anak sendiri. 

Lepas berumahtangga, suami beli 2 rumah untuk investment, isteri beli 1 rumah untuk duduk. Assume both kerja swasta.

Kenapa kena beli rumah?

1- harga rumah makin naik, kalau tak naik banyak pun, tetap akan naik. Kalau ada harga rumah turun, boleh share la kat komen.

2- Beli rumah murah, atleast komitmen bulanan untuk byr masih ok. Kalau nak sewakan pun senang. Kalau beli rumah 150k, installment baru 600+. Compare kalau beli rumah 400k, nak sewakan berapa? Cuba kira sendiri. Bergantung pada matlamat kewangan individu.

3- Boleh jadi salah satu medium untuk korang settlekan hutang dan hidup aman. Contoh, beli rumah Rm200k, kemudian 10 tahun lagi jual Rm300k, dapat la lebih kurang Rm100k, boleh settlekan hutang. Mungkin time tu nak berhenti kerja. Bayar hutang jahat, kad/pl. kalau kalau dapat settlekan loan rumah yang korang duduk pun bagus.

So macam mana nak isteri berhenti kerja?

Dalam masa 10 tahun bekerja: assume berkahwin umur 25, dan mula beli rumah. 

Cara langsaikan hutang rumah yang anda duduk dalam masa 10 tahun +

Tips ni nampak tak best pun, tapi boleh la sekadar ilmu.

Suami beli rumah pertama dalam lingkungan harga Rm200,000. Installment Rm900+.

Duduk dan byr mcm biasa.

Tahun kedua, suami beli rumah lagi 1, harga Rm200,000. Sewakan Rm1000+. Duit sewa simpan. Byr pembiayaan bank mcm biasa (guna duit gaji). 

Tahun ketiga beli rumah Rm400,000 untuk duduk guna nama isteri. Konon konon nk rumah landed kan. Hah beli la, lepas tu pindah. Hahaha duduk la rumah ni.

Rumah pertama sewakan Rm1000+. Duit sewa simpan. Byr pembiayaan bank guna duit gaji sendiri. 

Kombinasi gaji suami isteri cukup untuk bayar loan ( installment rumah satu 900 + installment rumah dua 900 + installment rumah ketiga 2000 = 3800. ) 

Hutang kereta vios 700.
Hutang rumah 3800
Hutang ptptn 200.

Total hutang = 4700.

Kalau dah kawin tu, cukup la share dengan isteri. Susah susah dulu la kan. 3 rumah cukup la, banyak banyak buat apa? Nak jd kapitalis ke?

Byr pembiayaan bank rumah yang korang duduk macam biasa. Duit sewa Rm2000+ tu byr extra untuk rumah korang duduk tu. Pastikan amik pembiayaan bank fully flexi. Jangan tanya banyak ye, buat je dah bagitau ni.

Dalam masa 10 tahun + boleh settle hutang rumah yang korang duduk tu. Tak boleh settle, combo dengan guna acc2 kwsp isteri. Every year buat payment settlekan prinsipal. 

10 tahun settle hutang ptptn, kereta dan rumah inshaAllah, + guna acc2 utk settlekan baki rumah tu.

Tahun seterusnya, duit sewa tu kembali serve pembiayaan bank rumah sewa tu, of kos time tu sewa naik sikit la.

Rumah 1 – installment 900
Rumah 2- installment 900

Time ni hutang rumah duduk dah langsai, senang hati sikit la. Umur pun dah bertambah, boleh la isteri berhenti kerja jaga anak anak kat rumah.

Ada kes bila dah kerja lama, tak suka berhenti sebab nanti bosan duduk rumah. Boleh cari kerja yang fleksibel. Jadi agent unit trust/agent property/agent takaful. So boleh kerja fleksibel time.

Asset ada dua. Cukup la jangan tamak. Haha

P/s: Sebelum apply cara kat atas, pastikan buat agreement sewa dan gaji korang berdua blh hidup dengan bayar hutang 3 rumah selama 10tahun +. Jangan tanya banyak, ni teori je, praktikal kira sendiri hehe. 

Dalam konsep money management, tiada yang salah atau betul. Kita sendiri kena implement konsep bergantung kepada jumlah gaji dan matlamat kewangan individu dan keluarga. 

So kalau tak bole beli rumah sekarang, cuba la usaha. Macam mana nak usaha, pandai la korang. Ilmu dah banyak sedut kan, sekarang praktikal pulak kena buat

Silakan share jika bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam