Cara langsaikan hutang rumah yang anda duduk dalam masa 10 tahun

Cara langsaikan hutang rumah yang anda duduk dalam masa 10 tahun +

Tips ni nampak tak best pun, tapi boleh la sekadar ilmu.

Beli rumah pertama dalam lingkungan harga Rm200,000. Installment Rm900+.

Duduk dan byr mcm biasa.

Tahun kedua, beli rumah lagi 1, harga Rm200,000. Sewakan Rm1000+. Duit sewa simpan. Byr pembiayaan bank mcm biasa (guna duit gaji).

Tahun ketiga beli rumah Rm400,000 untuk duduk. Konon konon nk rumah landed kan. Hah beli la, lepas tu pindah. Hahaha duduk la rumah ni.

Rumah pertama sewakan Rm1000+. Duit sewa simpan. Byr pembiayaan bank guna duit gaji sendiri.

Kalau dah kawin tu, cukup la share dengan isteri. Susah susah dulu la kan. 3 rumah cukup la, banyak banyak buat apa? Nak jd kapitalis ke?

Byr pembiayaan bank rumah yang korang duduk macam biasa. Duit sewa Rm2000+ tu byr extra untuk rumah korang duduk tu. Pastikan amik pembiayaan bank fully flexi. Jangan tanya banyak ye, buat je dah bagitau ni.

Dalam masa 10 tahun + boleh settle hutang rumah yang korang duduk tu.

Tahun seterusnya, duit sewa tu kembali serve pembiayaan bank rumah sewa tu, of kos time tu sewa naik sikit la.

Time ni hutang rumah dah langsai, senang hati sikit la. Umur pun dah bertambah, boleh la isteri berhenti kerja jaga anak. 

Asset ada dua. Cukup la jangan tamak. Haha

P/s: Sebelum apply cara kat atas, pastikan buat agreement sewa dan gaji korang blh hidup dengan bayar hutang 3 rumah selama 10tahun +. Jangan tanya banyak, ni teori je, praktikal kira sendiri hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam