Sejak cerita beli rumah tanpa modal atau beli rumah dapat duit ni keluar, ada juga yang konpius dan pelik. Macam mana boleh beli rumah tanpa modal. Mengarut semua tu!, keluh pembaca blog dan kawan sekerja. Kronologi membeli rumah tanpa modal atau dengan modal bukannya semudah beli baju.
Kita pilih lepas tu cuba saiz, kalau berkenan pergi kaunter bayar. Beli rumah kalau dengan duit itu benda biasa. Beli rumah tanpa keluar duit sesen pun adalah perkara luar biasa dan bergantung kepada sejauh mana korang pandai ayat dan sebaik mana owner yanh mahu menjualnya. Kebiasaannya, owner busuk-busuk pun nak 3% atau booking fees jika melalui agent. Jika tidak, boleh la membayar berapa yang ada sehingga proses apply loan dan loan tersebut lulus.
Tapi, harus di ingat, bank hanya meluluskan pinjaman rumah sebanyak 90% dari jumlah harga rumah tersebut. Jika harga Rm100,000. Bank luluskan Rm90,000. Logiknya korang MESTI keluarkan Rm10K untuk melengkapkan jumlah Rm100K bukan? Macam mana taknak keluarkan modal? Dengan duit lawyer lagi nak kena bayar. Sebab tu kronogi membeli rumah tanpa modal tak semudah tu, kena cari dulu rumah dibawah harga pasaran, lepas tu deal dengan owner untuk ‘markup’ loan. Lebihan duit yang dapat tu nanti boleh la nak bayar segala kos lawyer dan lain-lain.
Ini sekadar pendapat dari aku lemah ni. Mungkin sudah ramai orang berjaya mengamalkan apa yang ditulis dalam buku ini. Jika anda ada pengalaman yang mudah membeli rumah tanpa modal, boleh kongsikan diruang komen dibawah..
Kalau ikut pengalaman beli rumah yang diduduki sekarang ini memang memerlukan modal untuk kos guaman dan perjanjian jual beli.
Mungkin sudah ada mempunyai cara harap ia sah dari segi undang-undang.
Aku tiada lagi pengalaman beli rumah ni. Bila la dapat merasa ada rumah sendiri ni.
Boleh bro… ada rezeki nanti tu, InsyaAllah
klu ada rezeki, nak dapatkan 1st job tahun ni, then trus dapatkn rumah.. hope dipermudahkn urusan
betul.. busuk2 pun kena keluarkan duit booking. even if dah markup loan, duit lawyer still kena bayar. rasanya term ‘tanpa modal’ tu lebih kepada ‘tanpa deposit’ kot…
Memang boleh beli rumah tanpa modal tetapi bukan dalam semua kes. Dalam kes beli rumah bawah harga pasaran dan kemudian ‘mark up’ SPA, pembeli boleh dapatkan pinjaman lebih tinggi dari harga pembelian.Duit lebihan boleh digunakan untuk bayar yuran guaman dan kos-kos lain. Berkmakna kita beli rumah itu TANPA MODAL sendiri walaupun kena dulukan duit sendiri untuk bayar deposit.
Atau kita gunakan duit lebihan itu untuk beli rumah lain TANPA MODAL kerana duit yg ada itu bukan kita yg keluarkan sendiri tetapi sebahagian dari pinjaman rumah pertama tadi.
Saya ada kongsikan pelbagai teknik pelaburan hartanah. Jika da masa sila baca wwww.terra-nusa.blogspot.com
mesti ada modal. Takkan 1 sen pun tak keluar..duit minyak lagi..hehe
hahaha, duit minyak mesti kira…
Duit makan dan minum pun kena bayar gak waktu berurusan pembelian rumah. komen yg sengal :p
takde pengalaman.nak beli rumah.tgh cari..msti pakai modal kan
alhmdllh dah ada rumah sndiri dan untungnya pakai modal ayah sedniri, jadi terselamat dari segala riba…
bayar balik bulan2 dgn ayah, duit kos je
modal kite kene keluarkan dulu… duit booking..kene keluarkan jugak.. even mark up pn..duit modal still kene keluar.. n akan dapat semula…
Pening jgk pikir pasal modal…kalau nk beli rumah guna my first home scheme dapat 100% pinjaman….tapi rumah nk kena loan jgk…ada cadangan nak buat mcm mna?
rumah mmg kena amik loan, ssh juga kalau nk kumpul duit byr caash. Anyway boleh guna kwsp akaun 2 utk jadikan modal permulaan.