Alhamdulillah.

Syukur pada Allah. Selesai sudah majlis pernikahan aku pada 30hb september lepas dan majlis resepsi pada 1hb oktober. Tinggal majlis di johor sahaja pada 8hb ni. Semoga semuanya berjalan lancar sepeeti dirancang..InsyaAllah. Banyak benda yang kita hendak dan mahu capai dalam hidup bujang mahupun hidup berkeluarga. Kadang kala tercapai kadang kala lambat. Apapun kita jangan la putus asa untuk berusaha dan berdoa.

Dah berapa hari aku tinggalkan blog ni. Bersarang la pula. Walaupun aku mempunyai niat yang murni untuk update blog hampir setiap hari,tapi masih belum menampakkan hasilnya. Hehe.. Yela, dari segi pemerhatian aku.. Tak ramai blogger muda suka baca akan perihal duit dan cara menguruskan nya. Tapi perihal untuk cari duit dan dapat duit senang mungkin ramai yang suka baca. Pasal beli gadget mewah semua orang mau,tapi beli gadget tanpa guna duit sendiri ramai orang tak tahu.

Lately ada dengar pasal harga hartanah baru di bandar akan naik. Dah la sekarang pun harga mahal tak masuk akal, lagi mau naik ka. Adoii.. Jumaat ni akan diumumkan berkenaan budget 2012. Kita tengok jela nanti,dan hentikan spekulasi anda sebelum ianya diumumkan. Semacam nonsense sebab belum pasti tapi da macam-macam desas desus didengari. Same goes to gadget baru baru ni. Pasal iphone.. Finally apple keluarkan iphone 4gs je. Ada sedikit perubahan je dari iphone 4. Nak kecewa buat apa?? Kalau apple keluarkan iphone10 sekalipun, ia akan jadi suatu pembaziran juga pada kita malah menguntungkan lagi syarikat apple.

Kalau kita minat, macam steve job dulu kerja dengan apple. Dapat gaji ciput je.. Tapi sebab minat, at the end dia jadi orang terkenal juga. Macam tu juga kita kena buat. Do something bukan sebab duit,tapi sebab minat. InsyaAllah ia akan berjaya la kan.

P/s: terima kasih buat ae sebab buat entry ni.

Comments

  1. says

    yup,baru kawin mamNoriz.. hehe..bujang lagi sebelum ni.

    mmg pun,semua pun sibuk takpuas hati pasal ip5 tak kuar..tp the fact kalau kuar pun kuar duit gk…hoho

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam