Akhirnya

Akhirnya aku mendaftarkan diri untuk larian standard chartered. seperti sebelum ni,ini lah event yang bagi aku menarik… Kalau nak tau, ni salah satu event terbesar dalam larian. Lama juga la nak buat keputusan nak amik berapa kilometer punya. Kalau korang nak amik yang berapa? Full marathon (42km), half marathon (21km), 10km, 5km. Haa, pilih la mana korang nak. Sila tengok official website kalau nak register. Hadiah untuk full marathon tempat pertama ialah Usd17500.

Teruja tak? Kalau rasa nak duit senang -senang hanya dengan berlari.. Mari lah register. Tapi pastikan korang training secukupnya dan buang sedikit lemak dari badan tu. kang kejang satu badan masa lari, susah pulak.

Sebenarnya dalam kejar harta dunia ni, kesihatan kena la jaga. Apa saja sukan pun boleh asalkan keluarkan peluh dan tingkatkan stamina dan lebih kepada kardio korang. Faham-faham la yer. Tak semua jenis sukan itu sama. Bila korang register untuk running ni, secara tak langsung boleh boost keinginan untuk pergi jongging fan running untuk persediaan sebelum lari.

Sama juga macam perancangan kewangan. Kalau ada sesuatu yang korang nak atau perancangan untuk pendidikan anak-anak. So kita akan jadi lebih usaha kearah tu. merancang dan berusaha dan terus buat.


6 thoughts on “Akhirnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge