Fail Kes..
“Pak Abu ( Bukan Nama Sebenar ), 50 tahun, menghidap pelbagai penyakit. Bila berjumpa dengan doktor, Pak Abu akan dibekalkan dengan pelbagai jenis ubat-ubatan. Memang sudah menjadi rutin Pak Abu untuk melakukan pemeriksaan berkala di Hospital.
Sikap Pak Abu yang jarang makan ubat yang dibekalkan oleh doktor kadangkala membangkitkan kemarahan isteri dan anak-anak Pak Abu. Apa tidaknya, memandangkan pelbagai penyakit dan memerlukan kebergantungan ubat, Pak Abu selalu terlepas pandang. Apa tidaknya, ubat yang lama masih berbaki banyak tetapi setiap kali selepas berjumpa doktor, Pak Abu tetap mengambil ubat yang baru.
Kemudian sudah dapat ubat baru, ubat yang lama pula yang mahu dimakan. Pak Abu tidak menyedari kadangkala ubat yang dimakannya sudah tamat tempoh ( Expired).
Ini sebenarnya berbahaya dan boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih buruk….”
Pernahkan anda tahu tentang isu ini melalui pembacaan atau mengalami pengalaman ini melalui saudara mara atau keluarga terdekat anda?
Pemantauan yang rapi sangat diperlukan untuk pesakit yang telah berumur seperti Pak Abu untuk mengelakkan kejadian ini berulang.
